Tuesday 28 February 2012

JIKA ADA CADANGAN ... MASUKKAN SAJA KAT SINI

Peti Aduan :)
Pada 22 Februari 2012, semasa sesi taklimat guru pagi, En Ashrof telah melancarkan Peti Aduan di mana jika ada guru yang ingin membuat cadangan atau aduan berkaitan tugasan guru dan sekolah, bolehlah menulis aduan tersebut dan di masukkan ke dalam Peti Aduan ini. Ini adalah kerana memandangkan keadaan kesuntukan dan ketiadaan masa untuk berjumpa dengan Tuan Pengetua. Mungkin juga ada kes yang hendak disampaikan agak 'hangat' dan guru tidak mahu namanya di 'hitan'kan oleh sudut pandangan pentadbir.
Peti ini diletakkan di dalam Bilik Guru Sesi pagi. Oleh kerana bimbang tulisan pengadu dikenalpasti, harap lebih baik taip komputer ...

No comments:

Post a Comment