Tuesday 28 February 2012

GURU-GURU LAIN ... TEMPAT PUN LAIN ...

bilik guru-guru sukan :)
 Di sini geng sukan duduk ... Pengerusi KEBAGUS pun sinilah tempatnya ...
Bilik Disiplin :)
Sini plak geng Disiplin dan Pengawas ...
Bilik ni walaupun tak la econ sejuk tapi kalau tak mada kes disiplin, duduk dalam ni terasa sejuk. 
tapi bila ada kes, terasa bahang panas ...
En Mohd Rizal, En Wisam.J, Pn Hasmalina, Cik Adawiwah ... Sesi pagi
En Subramaniam ... sesi petang
pagi sunyi ... bila menjelang jam 1.00 tengahari mula kedengaran riuh rendah dalam bilik ni ...

KEMUDAHAN SINKI DI BILIK GURU ...

sinki jamuan sinki jamuan sinki :)
Kemudahan inilah yang membuatkan jamuan diadakan selalu di Bilik Guru. Ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama guru. Juga buat guru-guru yang ingin menyumbang makanan semasa jamuan diadakah, adalah dialau-alukan, terutamanya rakan yang mendapat rezeki lebih ...

JIKA ADA CADANGAN ... MASUKKAN SAJA KAT SINI

Peti Aduan :)
Pada 22 Februari 2012, semasa sesi taklimat guru pagi, En Ashrof telah melancarkan Peti Aduan di mana jika ada guru yang ingin membuat cadangan atau aduan berkaitan tugasan guru dan sekolah, bolehlah menulis aduan tersebut dan di masukkan ke dalam Peti Aduan ini. Ini adalah kerana memandangkan keadaan kesuntukan dan ketiadaan masa untuk berjumpa dengan Tuan Pengetua. Mungkin juga ada kes yang hendak disampaikan agak 'hangat' dan guru tidak mahu namanya di 'hitan'kan oleh sudut pandangan pentadbir.
Peti ini diletakkan di dalam Bilik Guru Sesi pagi. Oleh kerana bimbang tulisan pengadu dikenalpasti, harap lebih baik taip komputer ...

Ruang Buku Rujukan Guru ... Mini Library

dilengkapi dengan pelbagai buku :)



BILIK LEGA ... GURU DAN STAF

Bersih !


 Bilik Lega Guru Lelaki ...



















                             Bilik Bersolek Guru Perempuan
 
Staf dan Guru Perempuan boleh gunakan kemudahan di sini ... tetamu pun boleh